Assalamualaikum...
Melihat kepada tajuk tajuk sye dah lari dari craft kan. hari ni sye bukan nak kongsi cerita tentang craft tapi sye nak share tentang seorang hamba Allah yang begitu istemewa Ahmad Ammar Ahmad Azam. mungkin ada yang sudah tahu. mungkin juga ada yang belum tahu. bila terbaca dan melihat video Ammar yang telah di share oleh blogger 2 lain dan tak kurang juga dia laman2 sosial sye terpanggil untuk berkongsi juga cerita tentang ammar di dalam blog sye.
Kalau anda perasan ketika ini banyak cerita dan video tentang Ahmad Ammar Ahmad Azam ini dikongsikan di laman-laman sosial. tidak kurang juga gambar- gambar. Namun ketika cerita dan video tentang dirinya hangat diperkatakan atau dikongsikan, Ammar sudah kembali menghadap sang PENCIPTA. Ammar kembali ke Rahmatullah pada 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya.Ammar dilanggar ambulans ketika sedang melintas jalan di Istanbul Turki.Pemergian Ammar ke rahmatullah meninggalkan pelbagai kisah positif tentang dirinya yang pasti akan terus diingati oleh bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga di Turki.
Video yang selama 30 minit, berkaitan dengan Ammar yang telah dikongsikan pengguna - pengguna laman sosial sehingga hari ini yang sye tak pasti sampai bila mesti membuatkan anda tertanya-tanya siapakah Ahmad Ammar Ahmad Azam ini. Bukan sekadar video sahaja yang membuat kita tertanya-tanya tetapi juga keistimewaan yang diberikan kepadanya iaitu jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan Intanbul dan dikebumikan di Perkuburan Eyub Sultan bersebelahan dengan makam sahabat Rasulullah SAW, Saidina Abu Ayub Al-Ansari
serta lebih 60 orang para sahabat Nabi S.A.W auliya, panglima dan orang-orang kenamaan di sana. Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Allayarham Ahmad Ammar hingga menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan. Malah begitu ramai masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika Allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke tanah perkuburan.
Tergambar keswedihan di wajah mereka
Melihat gambar sahaja cukup membuktikan betapa allahyarham bagaikan sebutir permata yang sanagt berharga. begitu ramai orang yang merasai kesedihan di atas pemergiannya.gambar ni sye ambil dari En. Google.
SIAPAKAH AHMAD AMMAR
Ahmad Ammar Ahmad Azam berusia 20 tahun dan merupakan pelajar cemerlang tahun dua dalam bidang sejarah di Mrmara University ( Goztepe ) Istanbul denagan mendapat biasiswa kerajaan Turki. Allahyarham merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman mantan Presiden Angkatan Belia Islam ( ABIM ) dan Puan Nul Azlina Aziz. Allahyarham juga merupakan pelajar cemerlang SPM tahun 2010 di Maktab Tentera Diraja namun memilih menyambung pengajian dalam bidang sejarah di Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembalo tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya. Sememangnya Allahyarham dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan.
Bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Al-Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan terakhir sekali namun tidak untuk Ammar. Allahyarham di khabarkan keluar rumah setelah membaca Al-Quran dalam tempoh yang panjang.
Pada usia semuda ini beliau telah menyertai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan mala terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka namun Ammar teguh dan tidak gentar ingin terus membantu Syria.Ammar berhasrat untuk mati syahid. Sejak pulang dari Syria sahabat-sahabat menggelarnya " Syahid yang tertangguh". Selain itu Ammar juga amat dikenali mempunyai budi pekerti yang baik, tekun , berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada orang yang lebih dewasa. Ammar juga dihormati sebagai orang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam berdakawah memperjuangkan agama Islam.
PERKONGSIAN CATATAN TERAKHIR
Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman,
Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru,
Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah Al-Quran sebagai bacaan,
Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat
Status Allahyarham di laman FB pada 14 Oktober lalu kira-kira 3 minggu sebelum kembali ke Rahmatullah
Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini, aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang air mata. sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dengan kami tapi aku dapat rasakan sesuatu sari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama lalu. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itumerupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anak sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara Se-Islam aku harus keluar dari zon selesauntuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini. Sungguh hatiku tertinggal di bumi Syam!
Berikut catatan pada Wall FB
" Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari
Catatan dari ibu
Allahu... rupa2nya anakandaku ingin syahid di bumi Syria!!!
Saya masih teringat semasa Almarhum anakanda Ahmad Ammar meminta izin utk meyertai misi kemanusiaan ke syria selama 3 hari selepas beberapa hari beliau ke Istanbul setelah bercuti lebih 2 bulan di Malaysia penghujung Sept yg lalu.Tanpa ragu2 sy mengizinkan kerana yakin pengalaman ke sana itu penting untuk beliau ..." Pergilah.. yg penting, make sure u take good care of yourself."
Tidak;ah saya ketahui sehinggalah dlm pertemuan dgn pelajar2 Msia sebelum berangkat pulang setelah selesai menyempurnakan persemadian beliau bahawa rupa2nya beliau sgt menginginkan syahid di bumi Syria....
Lebih sebak di dada apabila shbtnya berkongsi bhw semasa di sana almarhum telah bermimpi berjumpa " bidadari di syurga ".....
Namun syahidnya telah tertangguh sehinggalah beliau kembali ke bumi AlFateh....
Perbualan terakhir Allahyarham bersama kakaknya.....