Friday, December 27, 2013

ORDER KAK DAHLIA

Assalamualaikum...

dah lama rsenye sye tak update .... sye sibuk ckit buat preparation utk pertunangan adik sye. semuanya buat sendri sampai tak cukup tangan dibuatnhye. sambil2  tu ada gak order masuk .
ari ni sye nak update order dari Kak Dahlia.. dia nk bunga sahaja. warna marroon dan warna kelabu.
Design yang sama tapi warna yang berbeza. Sye tak tau nak namakan bunga ni bunga apa. jom tengok












Code : B10

Kalu da yang berminat just email sye k

Sunday, December 8, 2013

HP CASING

Assalamualaikum...

Sye nak share hp casing yang di tempah oleh member ofis ni. maklum la baru beli android... casing tak ada jual kat kedai katenye .hehehehe ada2 je kan. warna pilihan die cokat dan die nak sye jahit guna benang warna kuning. sye cadangkan kat die benang pink pun cantik.. marah plak " tak nk la cm pompuan plak " ada ke cm 2 hehehe skrg ni kan bkn kire lelaki pompuan kan. zaman skrg ni dah tak pelik lagi kalu lelaki pakai T-shirt pink kalu dulu tgk lelaki pakai T-shirt pink mesti orang ckp " jambunye mamat 2 " eh..eh..eh.. ko mengarut apa ni .. hehehehehe... terover plak .. jom layan pic2 ni

felt hp casing , hp casing , hand made hp casing


felt hp casing , hp casing , hand made hp casing


felt hp casing , hp casing , hand made hp casing


felt hp casing , hp casing , hand made hp casing


felt hp casing , hp casing , hand made hp casing


felt hp casing , hp casing , hand made hp casing


BULK ODER ROSE BROOCH


Assalamualaikum 

Just nak share sebahagian bulk oder customer. rose brooch. jom cuci mata

felt brooch, felt rose, brooch , hand made brooch

felt brooch, felt rose, brooch , hand made brooch

felt brooch, felt rose, brooch , hand made brooch

felt brooch, felt rose, brooch , hand made brooch

Ada yang berminat just email sye k.

Saturday, December 7, 2013

TEMPAHAN KOTAK TISU DARI KAK JUNE

Assalamualaikum...

Setelah beberapa hari tak update blog, sye nak share tempahan sarung kotak tisu. customer nak yang simple sahaja . Warna pilihan die pink sekali en hubby die cakap " warna lain tak ade ke? biru ke? ". so cancel warna pink . die nk biru lembut tapi sye tak ade stok felt warna biru lembut nasib gak die ok je ngan warna biru ni. oleh sebab die nak warna pink en hubby die tak setuju jadi sye buatkn la biru pink

Tissue box cover, sarung kotak tisu, felt kotak tisu



Tissue box cover, sarung kotak tisu, felt kotak tisu



Tissue box cover, sarung kotak tisu, felt kotak tisu






Tissue box cover, sarung kotak tisu, felt kotak tisu

hmmm.... cam 2 la hasilnya. dah pun selamat sampai ke tuannya . Alhamdulillah hasilnye memuaskan hati mereka.Lepas ni boleh repeat oder ea kak... hehehehe...
kalu ada yang berminat boleh send email yer . 



Friday, December 6, 2013

AHMAD AMMAR AHMAD AZAM

Assalamualaikum...

Melihat kepada tajuk tajuk sye dah lari dari craft kan. hari ni sye bukan nak kongsi cerita tentang craft tapi sye nak share tentang seorang hamba Allah yang begitu istemewa Ahmad Ammar Ahmad Azam. mungkin ada yang sudah tahu. mungkin juga ada yang belum tahu. bila terbaca dan melihat video Ammar yang telah di share oleh blogger 2 lain dan tak kurang juga dia laman2 sosial sye terpanggil untuk berkongsi juga cerita tentang ammar di dalam blog sye.

Kalau anda perasan ketika ini banyak cerita dan video tentang Ahmad Ammar Ahmad Azam ini dikongsikan di laman-laman sosial. tidak kurang juga gambar- gambar. Namun ketika cerita dan video tentang dirinya hangat diperkatakan atau dikongsikan, Ammar sudah kembali menghadap sang PENCIPTA. Ammar kembali ke Rahmatullah pada 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya.Ammar dilanggar ambulans ketika sedang melintas jalan di Istanbul Turki.Pemergian Ammar ke rahmatullah meninggalkan pelbagai kisah positif tentang dirinya yang pasti akan terus diingati oleh bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga di Turki.


                              


Video yang selama 30 minit, berkaitan dengan Ammar yang telah dikongsikan pengguna - pengguna laman sosial sehingga hari ini yang sye tak pasti sampai bila mesti membuatkan anda tertanya-tanya siapakah Ahmad Ammar Ahmad Azam ini. Bukan sekadar video sahaja yang membuat kita tertanya-tanya tetapi juga keistimewaan yang diberikan kepadanya iaitu jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan Intanbul dan dikebumikan di Perkuburan Eyub Sultan bersebelahan dengan makam sahabat Rasulullah SAW, Saidina Abu Ayub Al-Ansari serta lebih 60 orang para sahabat Nabi S.A.W auliya, panglima dan orang-orang kenamaan di sana. Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Allayarham Ahmad Ammar hingga menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan. Malah begitu ramai masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika Allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke tanah perkuburan.



Tergambar keswedihan di wajah mereka



Melihat gambar sahaja cukup membuktikan betapa allahyarham bagaikan sebutir permata yang sanagt berharga. begitu ramai orang yang merasai kesedihan di atas pemergiannya.gambar ni sye ambil dari En. Google.


SIAPAKAH AHMAD AMMAR

Ahmad Ammar Ahmad Azam berusia 20 tahun dan merupakan pelajar cemerlang tahun dua dalam bidang sejarah di Mrmara University ( Goztepe ) Istanbul denagan mendapat biasiswa kerajaan Turki. Allahyarham merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman mantan Presiden Angkatan Belia Islam ( ABIM ) dan Puan Nul Azlina Aziz. Allahyarham juga merupakan pelajar cemerlang SPM tahun 2010 di Maktab Tentera Diraja namun memilih menyambung pengajian dalam bidang sejarah di Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembalo tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya. Sememangnya Allahyarham dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan.

Bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Al-Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan terakhir sekali namun tidak untuk Ammar. Allahyarham di khabarkan keluar rumah setelah membaca Al-Quran dalam tempoh yang panjang.

Pada usia semuda ini beliau telah menyertai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan mala terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka namun Ammar teguh dan tidak gentar ingin terus membantu Syria.Ammar berhasrat untuk mati syahid. Sejak pulang dari Syria sahabat-sahabat menggelarnya " Syahid yang tertangguh". Selain itu Ammar juga amat dikenali mempunyai budi pekerti yang baik, tekun , berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada orang yang lebih dewasa. Ammar juga dihormati sebagai orang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam berdakawah memperjuangkan agama Islam.





PERKONGSIAN CATATAN TERAKHIR 


                           

Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman,
Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru,
Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah Al-Quran sebagai bacaan,
Jika engkau mahukan  nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat

Status Allahyarham di laman FB pada 14 Oktober lalu kira-kira 3 minggu sebelum kembali ke Rahmatullah



Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini, aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang air mata. sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dengan kami tapi aku dapat rasakan sesuatu sari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama lalu. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itumerupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anak sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara Se-Islam aku harus keluar dari zon selesauntuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini. Sungguh hatiku tertinggal di bumi Syam!


Berikut catatan pada Wall FB

" Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari

Catatan dari ibu

Allahu... rupa2nya anakandaku ingin syahid di bumi Syria!!!

Saya masih teringat semasa Almarhum anakanda Ahmad Ammar meminta izin utk meyertai misi kemanusiaan ke syria selama 3 hari selepas beberapa hari beliau ke Istanbul setelah bercuti lebih 2 bulan di Malaysia penghujung Sept yg lalu.Tanpa ragu2 sy mengizinkan kerana yakin pengalaman ke sana itu penting untuk beliau ..." Pergilah.. yg penting, make sure u take good care of yourself."

Tidak;ah saya ketahui sehinggalah dlm pertemuan dgn pelajar2 Msia sebelum berangkat pulang setelah selesai menyempurnakan persemadian beliau bahawa rupa2nya beliau sgt menginginkan syahid di bumi Syria....
Lebih sebak di dada apabila shbtnya berkongsi bhw semasa di sana almarhum telah bermimpi berjumpa " bidadari di syurga ".....

Namun syahidnya telah tertangguh sehinggalah beliau kembali ke bumi AlFateh....


Perbualan terakhir Allahyarham bersama kakaknya.....




Saturday, November 23, 2013

CUTI HUJUNG MINGGU NEGERI JOHOR KINI HARI JUMAAT DAN SABTU

Assalamualikum....

Berita cuti umum bagi negeri Johor yang dikatakan khabar angin sebelum ini telah menjadi kenyataan kerana berita ini telah diumumkan sendiri oleh Sultan Johor DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada hari ini. Pertukaran ini bekuatkuasa 1 Januari 2014.


Negeri Johor penah melaksanakan cuti hujung minggu pada hari jumaat dan sabtu sekitar tahun 1993 dan tahun-tahun sebelumnya. Teringat plak zama kecil2 dulu kalu tak silap sye darjah 1 waktu tu.cuti hujung minggu bertukar kepda hari ahad bermula pada tahun 1994. Hari ni setelah 19 tahun ianya kembali kepada hari jumaat dan sabtu. Kepada kaum adam di luar sana tiada lagi alasan untuk tidak menunaikan solat JUMAAT selepas ini.

Berikiut adalah petikan berita dari BERNAMA

MUAR, 23 Nov ( Bernama ) -- Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai 1 Jan depan, titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Baginda bertitah hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk meperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan.

" Jika kita perhatikan pada masa kini orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat, waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu berehat dan tidur.

Selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun untuk meninggalkan masjid sehingga ada yang tidak sempat untuk menunggu imam membaca doa. Oleh yang demikian setelah meniti banyak pandangan, saya telah membuat keputusan muktamad supaya hati cuti mingguan bagi negeri johor ditukar pada hari Jumaat dan Sabtu bemula 1 Jan 2014.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Doa Kesyukuran, Majlis Teriman, Majlis Menghadap Takzim dan Majlis Darjah dan Pangkat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini Sabtu.

Turut berangkat isteri baginda Raja Zarith Sofiah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan anakanda-anakanda baginda yang lain.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besra Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri DR Ali Hamsa.

Johor pernah menjadikan Jumaat sebagai cuti hujung minggu sebelum tahun 1994

" Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang paling awal mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi negeri dah sejarahjuga telah menunjukkan bahawa pengembangan agama Islam di negeri ini menjadi contoh kepada negara lain." titah baginda

Oleh yang demikian baginda menyeru semua umat Islam di negeri ini supaya menjadikan nilai-nilai murni dan sifat terpuji orang Islam sebagai gaya hidup seharian.
.
Baginda turut menyarankan Majlis Agama Islam Johor supaya menyediakan pusat sumber ilmu agama secara dalam talian sebagai rujukan kepada semua umat Islam bagi membolehkan masyarakat mendapat maklumat yang tepat hanya daripada satu sumber yang boleh dipercayai.

Pusat itu juga boleh dijadikan medium untuk masyarakat mengutarakan segala keraguan dan persoalan agar mereka boleh mendapat jawapan seta nasihat mengikut landasan agama Islam dan selari dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Johor.

Dalam perkembangan lain baginda turut melahirkan rasa syukur kerana Johor terus berada di dalamkeadaan aman, damai dan sentosa.dan rakyat dapat hidup dengan sejahtera selain menikmati pembangunan ekonomi yang pesat dan seimbang.

" Perkembangan dan kemajuan ekonimi yang kita peroleh sekarang adalah hasil daripada usaha dan kerjasama erat antara pemimpin kerajaan negeri dan pemimpin kerajaan persekutuan.

" Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan persekutuan yang sentiasa memberikan bantuan, sokongan dan peruntukan dalam membangunkan kemudahan asas serta infrastruktur am untuk meningkatkan tahap ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat negeri ini," tutah baginda

Baginda juga berharap rakyat di negeri ini akan sentiasa berusaha mengekalkan kesejahteraan hidup yang dinikmati sekarang dengan bersikap sederhana dan  bersatu hati bagi mengukuhkan perpaduan kaum keharmonian masyarakat.

BERITA SEDIH DI PAGI HARI

Assalamualaikum....

macam tak percaya je .. baru sehari bercuti public holiday ( special untuk negeri johor je ) sye telah dikejutkn dengan berita yang tak terduga. rasa mcm baru je b'bual-bual , bergurau senda,bertelagah tentang kje tetiba pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kje sye menerima panggilan dari rakan sekerja yang membawa perkhabaran duka buat sye. rakan sekerja kami kembali ke rahmatullah pagi tadi anggaran pukul 3 pagi. sye seperti tak percaya kerana arwah tidak nampak sakit. sangat mudah cara arwah pergi menghadap sang PENCIPTA. beliau meninggal ketika sedang tidur.dari DIA kite datang kepada DIA kite kembali.

Walaupun tempoh mengenali arwah masih baru tapi sye sangat merasa kehilangan arwah. sebagai rakan sekerja arwah sangat disenangi oleh rakan2 tidak kira bangsa dan agama.tiada beza antara arwah sebagai staf dan yang bukan staf. pendek cerita tak pandang kasta la.walau mcm mne pun stress ngn kje arwah sentiasa tersenyum dan menyimpan semua rasa itu untuk dirinye sendiri tanpa melepaskan kemarahan kepada orang lain. sentiasa mempamirkan wajah yang ceria. seorang yang sangat memahami dan sentisa sudi menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan sama ada mengenai kerja ataupun peribadi. apa yang boleh sye simpulkan di sini arwah sahabat yang tiada gantinya di hati kami.

Di kesempatan ini sye memohon kepada pembaca sudilah kiranya sedekahkan Al fatihah untuk arwah. ALFATIHAH..semoga roh arwah diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman.amin....

Tuesday, November 19, 2013

FELT HP CASING

Assalamualaikum ......

Dah beberapa hari sye tak update blog ni.. bnyk project plak. hahahahaha ( banyak la sangat ).
ari ni sye nak share hp casing yang ditempah oleh ofis mate sye. ni bkn hp casing yg cam biase sye buat tu. biasa sye buat casing hp cam casing external hard disk yang sye pernah post dalam entry sebelum ni . kak ina nak hp casing yang ada kat pasaran skrg ni. sye tak berani nak janji so sye ckp ngn kak ina sye nak try dulu . hehehehehe kiranya 1st user la ni kalu jd. sye pernah merancang nak buat tapi masih tak cukup material kan. tak sangka plak kak ina org pertama yang request. kak ina pakai hp blackberry. die ckp ssh nk cari casing yang utk hp die. kadang jumpe tapi tak bpe berkenan dengan warna. die ni suka warna yang terang2.

sye buat warna pilihan die ni warna hijau apple dan sye gunakan benang warna pink. mari la kite same2 tengok hasilnya ....


ni gambar bila dah siap la sebelum sye bagi pada kak ina. yang kat bawah ni plak gambar lepas sye bagi pada die ... hehehehe ambil la gambar bile dah letak hp ni . boleh buat promotion katenye .. tak baik hampakan org 

felt hp casing, hp casing , handmade hp casing

bahagian dalam

felt hp casing, hp casing , handmade hp casing

bahagian hadapan 

felt hp casing, hp casing , handmade hp casing

bahagian belakang. reben ni die yag request 

sye gunakan polyster felt . sekiranya ada yang berminat boleh la oder ngn sye yer just email je






Wednesday, November 13, 2013

TEMPAHAN CEKAK RAMBUT FELT BOW

Assalamualaikum...

kalu sye tak silap la entry sye sebelum ni sye ada cite pasal felt bow kan kalu korang dah baca la .ari ni april nak share tempahan cekak . untuk pergi sekolah kn so customer pilih warna hitam putih. warna lain tak boleh ktenye... kalu zaman sye sekolah dulu warna biru blh.. apa la sye ni nak samakan ngn 20 thn dulu mne sme..ok la ni hasilnya


cekak felt bow

Monday, November 11, 2013

RIBBON BOW

LIMITED EDITION  !!!!!

Assalamualaikum...
hmmm... tajuk nk gempak ... hehehehe bkn ap sye beli grosgrain ribbon ni 1 roll je utk setiap corak 2 yang jadi limited edition !!!.. ribbon bow ni ada yang sye buat brooch ada yang sye buat hair clip. kalu hair clip sye pakai alligator hair clip. ada 3 corak .jom la cuci2 mata mne tau berkenan...


ribbon bow brooch, ribbon bow, hand made brooch
Code : BB 05
ribbon bow brooch, ribbon bow, hand made brooch
Code : BB06
ribbon bow brooch, ribbon bow, hand made brooch
Code : BB07

mesti korang pelik npe la ada no 1, 2, 3 kan . sebab semua sama yang beza button tengah tu je jadi sye snap 1 gambar je utk tiap2 corak ni pn sye lupa dah pack baru ingt lom snap gambar. Kalu berminat just email ke sini. bagi kod contoh la korang nak BB05 dan nak button warna putih so korang letak la BB05-2 yang kat bawah ni plak hair clip. kalu korang nk oder ikut je code untuk brooch dan bagtau korang nak hair clip. kat bawah ni ada gambar hair clip.


ribbon bow hair clip, ribbon bow, hair clip, hair accessory







Wednesday, October 30, 2013

FELT BOW

Assalamualaikum .....

hari ni sye nak share sesuatu yang baru. baru beberapa minggu la siap tp kekangan mse buat sye tak sempat nak share ngan pembaca semua. bnyk sgt gambar yang terpending2 so ikut turn by turn la.. sye buat bow dari felt. bow ni blh dijadikan brooch, cekak rambut, baby headband dan mcm2 lagi la. 



makan mse la nak buat mula- mula2 sye potong dulu kain cam dalam gambar 


pastu sye mix & match kn colour . nak buat 1 colour pn blh gak. bile letak button plak ada yang mcm x sesuai. so pending lagi . sye tak perasan plak stock button dah tak bpe banyak.

felt bow brooch, felt bow, felt brooch

felt bow brooch, felt bow, felt brooch

ni la hasilnya. yang ni april buat brooch. 

felt bow brooch, fwlt bow, felt brooch
Code : BO9

ni kalu tengok dari dekat . korang boleh pilih colour korang nk campur blh nak 1 colour pn blh just email kat sini

felt bow headband, felt bow, felt headband

yang ni sye buat cekak rambut. gambar yang sebelah atas 2 colour yang bawah sama colour. sye guna cekak besi cam gambar kat bawah ni 

Code : HB01

yang berminat blh email sye yer .. click sini

Tuesday, October 29, 2013

LOTUS FLOWER BROOCH MATCHING BY OWNER

Assalamualikum..

Pelik kn tajuk entry april kali ni .. hehehehe.... cam mne la die boleh matching kn sendri begini ceritanye...
kebetulan minggu 2 sye ada bnyk oder nk siap kn so sye bawa g ofis dan jahit mse lunch..biasenye kalu nk jahit ni sye akan potong2 dulu kain yang sye nk jahit. kemudian jahit satu2 dah pack dlm plastik..supaya senang bile ad oder last minute sye tinggal lekatkn2 kn n letak pin. ni utk yg perlu banyak proses la. so ari 2 sye mmg bawak la plastik 2 skali tengah sye syok2 jahit die dtg kat tmpt sye tanye tengah buat apa? nmpk la sye tengah jahit so die pn ckp :

owner  : tengah banyak oder ke?

April    : boleh la kak


Owner : kalu nak oder brooch dan nak siap cepat boleh x?


April    : tengok design yang akk nak la.klau mudah insyaalah. akk nak bpe pcs? n nk design cm mne?

           (kebetulan april tgh jahit lotus brooch ni.)

Owner : yang ko tgh jahit 2 apa? mcm ok je


April    : kalu akk nk yang cam ni skrg pn boleh.


Owner : eh cepat nye . teruk nye la aq ni nk skrg2 jgk


April    : bkn cam 2 barangnye dah ada ni ( sambil tunjukkan palstik ) tinggal lekatkn dan letak pin je . akk                  pilih la colour apa akk nak. ( bagi plastik kat die dan terus menjahit lagi ).


Owner : bestnye... (sambil senyum2). kalu warna warni blh x?


April    : boleh la ikut kite la kn kite yg nak pakai.


Owner : org tak gelakkn ke tgk nnt


April : yang nak pakai kn kite, yang penting kite selesa n kite rse cantik walaupn pelik di mata org. kadang2 yang pelik 2 la org ikut.org ni tak blh nk fkr kn sgt hehehe..


Owner : biase ko buat cam mne?


April    : kalu nk jual yang ready made ngn yg nak pakai sendri lain kak. kalu nk pakai sendri ikut mata yg                  nmpk cantik la. tp kalu nk jual biasenye 1colour je @ 2 colour


Owner : kalu nk tiga2 lain2 colour cantik tak? sambil match kn colour


April   : kalu cantik ok jer


Owner : kalu mcm ni cantik tak? ( sambil susun ) tengah ni nk letak apa?


April    : cantik gak tengah letak butang kak


Owner : abis 2 cm mne ni ?


April   : jgn risau ada ni butangnye tinggal akk pilih colour ( sambil bagi kotak2 butang pada die)

            ( mesti korg pelikkan semua pn bawak g ofis  )

Owner  : cm mne pilih ni:


April     : ikut kesesuain kak biase pakai m&m yang besar tp ikut akk la. ari ni special ckit semuanye terserah               kat akk baru la puas hati bak kata ajis " cukup puas hati ..cukup puas hati "sambil gelak2


Owner : nnt tak cantik ko ketawakan


April    : tak de lah kak takkan la. kalu tak cantik ckp tak cantik la


owner pun mix & match kn....excited gmbar pn die amik sndri lepas sye gam kn. t'tunggu2 tak nak tgk hasilnye ....jeng.. jeng....



lotus flower brooch , felt lotus flower, brooch, felt brooch



lotus flower brooch , felt lotus flower, brooch, felt brooch

ni la hasilnye ... cantik tak? apa pandangan anda ? creative tak die hehehehehe... dua2 cerah kn. sejak sye kenal die apa yang sye perasan die ni mmg suka colur yang terang2 dan mantul kata org nasib tak de warna kuning kalu tak confirm die pilih ... ni menunjukkan die berani ... jarang2 org nak pakai yang terang2 ni begitu la ceritenye

mest korang bengang je kn baca .. ckp jela kje 1 ofis .. hehehehehehe jgn marah ea nnt  kene jual bkn apa kalu tak cite cm ni pendek la entry sye..


Monday, October 28, 2013

EXTERNAL HARD DISK CASING

Assalamualaikum...

ni sye nak share casing hard disk sye sendri ..hehehehe... dah lama nak buat tertangguh-tangguh je. casing leather dah koyak. buruk plak tengok hard disk tak pakai baju kn kte pn nk pakai baju cantik2 yer tak?
ari ni kite biarkan gambar berbicara yer.



felt casing, hard disk felt casing, casing hard disk




ni la hasil kerja tangan keras sye ni ..kite tgk bile dah msukkan hard disk plak


felt casing, hard disk felt casing, casing hard disk

felt casing, hard disk felt casing, casing hard disk

Kalu ada yang berminat boleh la email ke sini. anda juga boleh request design yang anda suka. insyaallah sye cuba buat ikut design anda.