Saturday, November 23, 2013

BERITA SEDIH DI PAGI HARI

Assalamualaikum....

macam tak percaya je .. baru sehari bercuti public holiday ( special untuk negeri johor je ) sye telah dikejutkn dengan berita yang tak terduga. rasa mcm baru je b'bual-bual , bergurau senda,bertelagah tentang kje tetiba pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kje sye menerima panggilan dari rakan sekerja yang membawa perkhabaran duka buat sye. rakan sekerja kami kembali ke rahmatullah pagi tadi anggaran pukul 3 pagi. sye seperti tak percaya kerana arwah tidak nampak sakit. sangat mudah cara arwah pergi menghadap sang PENCIPTA. beliau meninggal ketika sedang tidur.dari DIA kite datang kepada DIA kite kembali.

Walaupun tempoh mengenali arwah masih baru tapi sye sangat merasa kehilangan arwah. sebagai rakan sekerja arwah sangat disenangi oleh rakan2 tidak kira bangsa dan agama.tiada beza antara arwah sebagai staf dan yang bukan staf. pendek cerita tak pandang kasta la.walau mcm mne pun stress ngn kje arwah sentiasa tersenyum dan menyimpan semua rasa itu untuk dirinye sendiri tanpa melepaskan kemarahan kepada orang lain. sentiasa mempamirkan wajah yang ceria. seorang yang sangat memahami dan sentisa sudi menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan sama ada mengenai kerja ataupun peribadi. apa yang boleh sye simpulkan di sini arwah sahabat yang tiada gantinya di hati kami.

Di kesempatan ini sye memohon kepada pembaca sudilah kiranya sedekahkan Al fatihah untuk arwah. ALFATIHAH..semoga roh arwah diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman.amin....

No comments:

Post a Comment