Saturday, November 23, 2013

CUTI HUJUNG MINGGU NEGERI JOHOR KINI HARI JUMAAT DAN SABTU

Assalamualikum....

Berita cuti umum bagi negeri Johor yang dikatakan khabar angin sebelum ini telah menjadi kenyataan kerana berita ini telah diumumkan sendiri oleh Sultan Johor DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada hari ini. Pertukaran ini bekuatkuasa 1 Januari 2014.


Negeri Johor penah melaksanakan cuti hujung minggu pada hari jumaat dan sabtu sekitar tahun 1993 dan tahun-tahun sebelumnya. Teringat plak zama kecil2 dulu kalu tak silap sye darjah 1 waktu tu.cuti hujung minggu bertukar kepda hari ahad bermula pada tahun 1994. Hari ni setelah 19 tahun ianya kembali kepada hari jumaat dan sabtu. Kepada kaum adam di luar sana tiada lagi alasan untuk tidak menunaikan solat JUMAAT selepas ini.

Berikiut adalah petikan berita dari BERNAMA

MUAR, 23 Nov ( Bernama ) -- Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai 1 Jan depan, titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Baginda bertitah hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk meperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan.

" Jika kita perhatikan pada masa kini orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat, waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu berehat dan tidur.

Selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun untuk meninggalkan masjid sehingga ada yang tidak sempat untuk menunggu imam membaca doa. Oleh yang demikian setelah meniti banyak pandangan, saya telah membuat keputusan muktamad supaya hati cuti mingguan bagi negeri johor ditukar pada hari Jumaat dan Sabtu bemula 1 Jan 2014.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Doa Kesyukuran, Majlis Teriman, Majlis Menghadap Takzim dan Majlis Darjah dan Pangkat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini Sabtu.

Turut berangkat isteri baginda Raja Zarith Sofiah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan anakanda-anakanda baginda yang lain.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besra Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri DR Ali Hamsa.

Johor pernah menjadikan Jumaat sebagai cuti hujung minggu sebelum tahun 1994

" Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang paling awal mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi negeri dah sejarahjuga telah menunjukkan bahawa pengembangan agama Islam di negeri ini menjadi contoh kepada negara lain." titah baginda

Oleh yang demikian baginda menyeru semua umat Islam di negeri ini supaya menjadikan nilai-nilai murni dan sifat terpuji orang Islam sebagai gaya hidup seharian.
.
Baginda turut menyarankan Majlis Agama Islam Johor supaya menyediakan pusat sumber ilmu agama secara dalam talian sebagai rujukan kepada semua umat Islam bagi membolehkan masyarakat mendapat maklumat yang tepat hanya daripada satu sumber yang boleh dipercayai.

Pusat itu juga boleh dijadikan medium untuk masyarakat mengutarakan segala keraguan dan persoalan agar mereka boleh mendapat jawapan seta nasihat mengikut landasan agama Islam dan selari dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Johor.

Dalam perkembangan lain baginda turut melahirkan rasa syukur kerana Johor terus berada di dalamkeadaan aman, damai dan sentosa.dan rakyat dapat hidup dengan sejahtera selain menikmati pembangunan ekonomi yang pesat dan seimbang.

" Perkembangan dan kemajuan ekonimi yang kita peroleh sekarang adalah hasil daripada usaha dan kerjasama erat antara pemimpin kerajaan negeri dan pemimpin kerajaan persekutuan.

" Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan persekutuan yang sentiasa memberikan bantuan, sokongan dan peruntukan dalam membangunkan kemudahan asas serta infrastruktur am untuk meningkatkan tahap ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat negeri ini," tutah baginda

Baginda juga berharap rakyat di negeri ini akan sentiasa berusaha mengekalkan kesejahteraan hidup yang dinikmati sekarang dengan bersikap sederhana dan  bersatu hati bagi mengukuhkan perpaduan kaum keharmonian masyarakat.

1 comment:

  1. Hi April... melawat tapak awak =) terima kasih kerana sudi berkunjung di blog saya =) jom jadi kawan!

    ReplyDelete