Saturday, November 23, 2013

CUTI HUJUNG MINGGU NEGERI JOHOR KINI HARI JUMAAT DAN SABTU

Assalamualikum....

Berita cuti umum bagi negeri Johor yang dikatakan khabar angin sebelum ini telah menjadi kenyataan kerana berita ini telah diumumkan sendiri oleh Sultan Johor DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada hari ini. Pertukaran ini bekuatkuasa 1 Januari 2014.


Negeri Johor penah melaksanakan cuti hujung minggu pada hari jumaat dan sabtu sekitar tahun 1993 dan tahun-tahun sebelumnya. Teringat plak zama kecil2 dulu kalu tak silap sye darjah 1 waktu tu.cuti hujung minggu bertukar kepda hari ahad bermula pada tahun 1994. Hari ni setelah 19 tahun ianya kembali kepada hari jumaat dan sabtu. Kepada kaum adam di luar sana tiada lagi alasan untuk tidak menunaikan solat JUMAAT selepas ini.

Berikiut adalah petikan berita dari BERNAMA

MUAR, 23 Nov ( Bernama ) -- Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai 1 Jan depan, titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Baginda bertitah hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk meperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan.

" Jika kita perhatikan pada masa kini orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat, waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu berehat dan tidur.

Selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun untuk meninggalkan masjid sehingga ada yang tidak sempat untuk menunggu imam membaca doa. Oleh yang demikian setelah meniti banyak pandangan, saya telah membuat keputusan muktamad supaya hati cuti mingguan bagi negeri johor ditukar pada hari Jumaat dan Sabtu bemula 1 Jan 2014.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Doa Kesyukuran, Majlis Teriman, Majlis Menghadap Takzim dan Majlis Darjah dan Pangkat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini Sabtu.

Turut berangkat isteri baginda Raja Zarith Sofiah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan anakanda-anakanda baginda yang lain.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besra Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri DR Ali Hamsa.

Johor pernah menjadikan Jumaat sebagai cuti hujung minggu sebelum tahun 1994

" Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang paling awal mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi negeri dah sejarahjuga telah menunjukkan bahawa pengembangan agama Islam di negeri ini menjadi contoh kepada negara lain." titah baginda

Oleh yang demikian baginda menyeru semua umat Islam di negeri ini supaya menjadikan nilai-nilai murni dan sifat terpuji orang Islam sebagai gaya hidup seharian.
.
Baginda turut menyarankan Majlis Agama Islam Johor supaya menyediakan pusat sumber ilmu agama secara dalam talian sebagai rujukan kepada semua umat Islam bagi membolehkan masyarakat mendapat maklumat yang tepat hanya daripada satu sumber yang boleh dipercayai.

Pusat itu juga boleh dijadikan medium untuk masyarakat mengutarakan segala keraguan dan persoalan agar mereka boleh mendapat jawapan seta nasihat mengikut landasan agama Islam dan selari dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Johor.

Dalam perkembangan lain baginda turut melahirkan rasa syukur kerana Johor terus berada di dalamkeadaan aman, damai dan sentosa.dan rakyat dapat hidup dengan sejahtera selain menikmati pembangunan ekonomi yang pesat dan seimbang.

" Perkembangan dan kemajuan ekonimi yang kita peroleh sekarang adalah hasil daripada usaha dan kerjasama erat antara pemimpin kerajaan negeri dan pemimpin kerajaan persekutuan.

" Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan persekutuan yang sentiasa memberikan bantuan, sokongan dan peruntukan dalam membangunkan kemudahan asas serta infrastruktur am untuk meningkatkan tahap ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat negeri ini," tutah baginda

Baginda juga berharap rakyat di negeri ini akan sentiasa berusaha mengekalkan kesejahteraan hidup yang dinikmati sekarang dengan bersikap sederhana dan  bersatu hati bagi mengukuhkan perpaduan kaum keharmonian masyarakat.

BERITA SEDIH DI PAGI HARI

Assalamualaikum....

macam tak percaya je .. baru sehari bercuti public holiday ( special untuk negeri johor je ) sye telah dikejutkn dengan berita yang tak terduga. rasa mcm baru je b'bual-bual , bergurau senda,bertelagah tentang kje tetiba pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kje sye menerima panggilan dari rakan sekerja yang membawa perkhabaran duka buat sye. rakan sekerja kami kembali ke rahmatullah pagi tadi anggaran pukul 3 pagi. sye seperti tak percaya kerana arwah tidak nampak sakit. sangat mudah cara arwah pergi menghadap sang PENCIPTA. beliau meninggal ketika sedang tidur.dari DIA kite datang kepada DIA kite kembali.

Walaupun tempoh mengenali arwah masih baru tapi sye sangat merasa kehilangan arwah. sebagai rakan sekerja arwah sangat disenangi oleh rakan2 tidak kira bangsa dan agama.tiada beza antara arwah sebagai staf dan yang bukan staf. pendek cerita tak pandang kasta la.walau mcm mne pun stress ngn kje arwah sentiasa tersenyum dan menyimpan semua rasa itu untuk dirinye sendiri tanpa melepaskan kemarahan kepada orang lain. sentiasa mempamirkan wajah yang ceria. seorang yang sangat memahami dan sentisa sudi menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan sama ada mengenai kerja ataupun peribadi. apa yang boleh sye simpulkan di sini arwah sahabat yang tiada gantinya di hati kami.

Di kesempatan ini sye memohon kepada pembaca sudilah kiranya sedekahkan Al fatihah untuk arwah. ALFATIHAH..semoga roh arwah diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman.amin....

Tuesday, November 19, 2013

FELT HP CASING

Assalamualaikum ......

Dah beberapa hari sye tak update blog ni.. bnyk project plak. hahahahaha ( banyak la sangat ).
ari ni sye nak share hp casing yang ditempah oleh ofis mate sye. ni bkn hp casing yg cam biase sye buat tu. biasa sye buat casing hp cam casing external hard disk yang sye pernah post dalam entry sebelum ni . kak ina nak hp casing yang ada kat pasaran skrg ni. sye tak berani nak janji so sye ckp ngn kak ina sye nak try dulu . hehehehehe kiranya 1st user la ni kalu jd. sye pernah merancang nak buat tapi masih tak cukup material kan. tak sangka plak kak ina org pertama yang request. kak ina pakai hp blackberry. die ckp ssh nk cari casing yang utk hp die. kadang jumpe tapi tak bpe berkenan dengan warna. die ni suka warna yang terang2.

sye buat warna pilihan die ni warna hijau apple dan sye gunakan benang warna pink. mari la kite same2 tengok hasilnya ....


ni gambar bila dah siap la sebelum sye bagi pada kak ina. yang kat bawah ni plak gambar lepas sye bagi pada die ... hehehehe ambil la gambar bile dah letak hp ni . boleh buat promotion katenye .. tak baik hampakan org 

felt hp casing, hp casing , handmade hp casing

bahagian dalam

felt hp casing, hp casing , handmade hp casing

bahagian hadapan 

felt hp casing, hp casing , handmade hp casing

bahagian belakang. reben ni die yag request 

sye gunakan polyster felt . sekiranya ada yang berminat boleh la oder ngn sye yer just email je






Wednesday, November 13, 2013

TEMPAHAN CEKAK RAMBUT FELT BOW

Assalamualaikum...

kalu sye tak silap la entry sye sebelum ni sye ada cite pasal felt bow kan kalu korang dah baca la .ari ni april nak share tempahan cekak . untuk pergi sekolah kn so customer pilih warna hitam putih. warna lain tak boleh ktenye... kalu zaman sye sekolah dulu warna biru blh.. apa la sye ni nak samakan ngn 20 thn dulu mne sme..ok la ni hasilnya


cekak felt bow

Monday, November 11, 2013

RIBBON BOW

LIMITED EDITION  !!!!!

Assalamualaikum...
hmmm... tajuk nk gempak ... hehehehe bkn ap sye beli grosgrain ribbon ni 1 roll je utk setiap corak 2 yang jadi limited edition !!!.. ribbon bow ni ada yang sye buat brooch ada yang sye buat hair clip. kalu hair clip sye pakai alligator hair clip. ada 3 corak .jom la cuci2 mata mne tau berkenan...


ribbon bow brooch, ribbon bow, hand made brooch
Code : BB 05
ribbon bow brooch, ribbon bow, hand made brooch
Code : BB06
ribbon bow brooch, ribbon bow, hand made brooch
Code : BB07

mesti korang pelik npe la ada no 1, 2, 3 kan . sebab semua sama yang beza button tengah tu je jadi sye snap 1 gambar je utk tiap2 corak ni pn sye lupa dah pack baru ingt lom snap gambar. Kalu berminat just email ke sini. bagi kod contoh la korang nak BB05 dan nak button warna putih so korang letak la BB05-2 yang kat bawah ni plak hair clip. kalu korang nk oder ikut je code untuk brooch dan bagtau korang nak hair clip. kat bawah ni ada gambar hair clip.


ribbon bow hair clip, ribbon bow, hair clip, hair accessory